Ahad, 22 Ogos 2010

KENCING MANIS

Adakah ini semua makanan kegamaran anda? Coklat, aiskrim, biskut-biskut yang manis, minuman ringan, gula-gula, kek, sirap, madu, susu pekat, jem, madu......

Jika jawapan anda ialah ya dan tahap pengambilan makanan tersebut anda adalah tinggi, maka secara tidak langsung semua makanan kegemaran anda itu akan membawa kesan buruk kepada anda, iaitu PENYAKIT KENCING MANIS.

Apa itu Peyakit Kencing Manis?

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Hal ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak di bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Hal inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Oleh itu, badan kita akan kekurangan tenaga.

Siapakah penghidap Penyakit Kencing Manis?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang menghidapi penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas), ataupun mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kencing manis.

Apakah rawatan untuk Penyakit Kencing Manis?

1. Kawalan pemakanan. Makanan harian yang patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan dan keadaan penyakit.
2. Suntikan insulin. Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan.
3. Pil. Tetapi perlu jumpa doktor untuk menjalankan pemeriksaan terhadap penghidap, supaya dapat menentukan sama ada memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan.
4. Rawatan awal jika jumpa tanda-tanda/gejala kencing manis.
5. Menjalankan pemeriksaan di klinik atau hospital dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah.
6. Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil.
7. Jangan berhenti mengambil ubat kerana merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada adalah sangat merbahaya kerana hal ini boleh mengakibatkan penyakit melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna.
8. Mengelakkan pengambilan makanan yang manis, terlalu banyak karbohidrat dan lemak secara berlebihan.
9. Mengurangkan pengambilan nasi, roti, ubi kentang,ubi keledek, ubi kayu,jus, kelapa, daging kambing, buah-buahan jeruk dan bahan-bahan tenusu.
10. Penjagaan berat badan. Adalah baik jika berat badan penghidap turun, kerana badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna. Dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun.
11. Senaman. Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik.
12. Mengelakkan jangkitan. Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, pesakit perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
-Selalu menjaga kebersihan diri.
-Setiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak.
-Mandilah selalu.
-Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan.
-Jaga kebersihan gigi.
-Menjauhkan diri dari kecederaan.
-Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar.
-Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki.
-Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada.
-Berhati-hati semasa bercukur.
13. Penjagaan kaki.
-Jika peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, hal ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda.
-Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
-Jangan pakai kasut yang ketat.
-Sentiasa urutkan kaki anda.
-Setiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit.

Apakah bahaya Penyakit Kencing Manis sekiranya tidak dirawat atau dikawal dengan baik?

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
1. Buta.
2. Kerosakan buah pinggang.
3. Sakit jantung dan penyakit lumpuh.
4. Darah tinggi.
5. Penyakit saraf. Hal ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan, serta tidak dapat merasai sakit/panas. Dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
6. Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki.
7. Tidak sedarkan diri. Jika tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.

Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik!
Elakkan penyakit kencing manis boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia!

2 ulasan:

  1. Did you hear there's a 12 word phrase you can communicate to your crush... that will trigger deep feelings of love and impulsive attraction for you buried within his heart?

    That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, idolize and care for you with his entire heart...

    ===> 12 Words Will Trigger A Man's Love Response

    This instinct is so built-in to a man's mind that it will drive him to try better than ever before to build your relationship stronger.

    In fact, triggering this dominant instinct is so important to having the best ever relationship with your man that the instance you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You will soon notice him expose his soul and mind for you in a way he's never experienced before and he will perceive you as the only woman in the world who has ever truly appealed to him.

    BalasPadam