Selasa, 24 Ogos 2010

OBESITI

Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?YA !!!
• Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.
• Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
• Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.
• Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :

Indeks Jisim Tubuh (BMI) Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)






Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?
Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.


Faktor risiko termasuk :
• Sejarah keluarga anda.
• Masalah perubatan.
• Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
• Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
• Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?
• Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini.
• Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan.
• Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.
Kebiasaanya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.
Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
• Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
• Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam
Apakah komplikasi masalah ini?
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
• Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
• Bertambah gemuk apabila umur meningkat.





Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?
1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
o Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
o Makan secara sederhana.
o Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
o Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.

2 ulasan:

  1. Apa dia yang dimaksudkan gaya hidup sihat tu

    BalasPadam
  2. saya ada 1 cara yang mudah untuk mengukur BMI iaitu dengan mengukur dengan jari. :)

    Jom follow http://vitaminboutique.blogspot.com/

    BalasPadam