Selasa, 24 Ogos 2010

SAKIT JANTUNG


Jantung merupakan organ yang sangat penting bagi manusia, kerana ia diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehingga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan yang diperlukan untuk metabolisme tubuh. Oleh itu, jantung perlu dijaga supaya dapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Penyakit jantung ialah penyakit yang menyerang jantung manusia dan urat-urat darah. Penyakit-penyakit dapat mempengaruhi bahagian badan mana-mana pun dari jantung. Contoh penyakit adalah seperti penyakit jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik. Penyakit yang paling umum adalah penyakit kronis pada arteria koroner. Penyakit jantung koroner merupakan penyakit yang paling tertinggi diderita. Penyakit ini sering menyebabkan serangan jantung pada seseorang manusia sehingga terjadinya pembuluh arteri yang berfungsi untuk menyediakan darah ke otot jantung menjadi tersumbat dan melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung dan akhirnya menyebabkan kematian.







Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada penyakit jantung. Asap rokok dikenalpastiaan mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Mentega, minyak sapi, daging berlemak turut member kesan kepada jantung manusia akibat pengambilan lemak yang terlalu tinggi. Seseorang yang mengalami tekanan perasaan akan menyebabkan denyutan jantungnya semakin meningkat dan turut menyebabkan tekanan darahnya meningkat.
Selain itu, senaman yang sesuai juga penting untuk menguatkan jantung serta dapat membaiki pengaliran darah ke jantung. Sekiranya tidak melakukan senaman yang sesuai dan mencukupi, maka akan menyebabkan badan seseorang mudah mendapat penyakit jantung. Berlakunya penyempitan saluran darah disebabkan oleh darah tinngi dan menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit. Pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis mempunyai peluang yang lebih tinggi mendapat serangan sakit jantung.

Kesan penyakit jantung dapat dilihat dalam beberapa simtom. Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang mendapat penyakit jantung. Tanda-tanda awal angina pektoris ini adalah berasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen yang mencukupi. Kadang-kala pesakit akan mengadu kesakitan pada bahagian perut. Di samping itu, angina pektoris boleh berlaku apabila pesakit melakukan aktiviti yang berat atau mengalami tekanan. Hal ini disebabkan jantung memerlukan bekalan oksigen yang tinggi untuk menjalankan fungsinya. Walaubagaimanapun kesakitan ini akan hilang dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit berhenti melakukan aktiviti berat atau berehat.
 Suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang serius ke bahagian tersebut dipanggil infarksi miokardia. Bagi tanda-tanda infarksi miokardia adalah mengalami kesakitan biasa pada bahagian kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Biasanya pesakit akan merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan ada sesuatu benda yang berat sedang menekan ke dada dan kadang-kala seolah dada berasa ketat, atau sukar bernafas, pening kepala dan muntah.
Walaubagaimanapun, terdapat tips-tips untuk mencegah penyakit jantung. Hindari makanan yang banyak mengandung kolesterol tinggi dan kurangi menyantap makanan yang digoreng yang banyak mengandung lemak supaya menjaga kesihatan jantung. Selain menghindari makanan berlemak, makanan dengan kandungan gula tinggi seperti minuman ringan juga perlu dihindari. Hal ini dapat dilakukan dengan mempunyai pola makan yang sihat. Berhenti merokok juga perlu dilakukan dengan segera bagi penghisap rokok supaya tidak menyesal apabila mendapat penyakit jantung. Menyertai aktiviti sosial atau menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga atau kawan dapat mengurangkan ketegangan dalam kehidupan harian. Sekiranya dapat melakukan kegiatan olahraga seperti berjalan kaki, jalan cepat atau jogging. Kegiatan ini dapat menguatkan kerja jantung serta melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.


Natijahnya, organ jantung manusia adalah untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, agar dapat mengekalkan jantung yang sihat, menikmati makanan yang sihat, bergizi, dan rendah kolesterol adalah amat penting. Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah cara yang paling efektif untuk mendapatkan jantung yang sihat.

OBESITI

Adakah berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti menjadi masalah di kalangan remaja?YA !!!
• Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat.
• Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.
• Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin.
• Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan :

Indeks Jisim Tubuh (BMI) Berat badan (kilogram)
_____________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)






Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?
Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.


Faktor risiko termasuk :
• Sejarah keluarga anda.
• Masalah perubatan.
• Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
• Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
• Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?
• Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini.
• Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan.
• Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.
Kebiasaanya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.
Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
• Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi
• Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam
Apakah komplikasi masalah ini?
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :
• Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
• Bertambah gemuk apabila umur meningkat.





Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?
1. Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
o Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
o Makan secara sederhana.
o Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
o Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada dua jam sehari.
2. Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
3. Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.

INFLUENZA A (H1N1)


Apa itu penyakit? Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia seperti penyakit berjangkit, penyakit genetic, penyakit autoimun, penyakit toksik, penyakit kekurangan(zat), penyakit endokrin dan sebagainya. Penyakit ini boleh disebabkan kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga penyakit boka/keturunan. Di antara kalanga semua penyakit, penyakit berjangkit adalah penyakit terbesar dan terkenal. Salah satu penyakit berjangkit yang terkenal dan masih dikira sebagai penyakit baru ialah Influenza A (H1N1).

Penyakit Influanza A (H1N1) berlaku semenjak tahun lepas bermula dari 24 April 2009 yang telah diisytiharkan oleh Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influanza A (H1N1)(Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi ‘pendemik’ atau wabak yang akan merebak. Swine Flu yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruhan dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat. Shingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di Amerika Syarikat. Bagi di Negara Malaysia pula wabak Swine Flu bermula pada Mei-Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009, terdapat kes di Malaysia.
Apa itu penyakit Influanza A (H1N1). Influanza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangjit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh Virus Influanza A (H1N1). Virus Influanza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada ressorment iaitu percampuran genetik virus influanza babi, burung dan manusia. Pada mulanya, semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan tersebut. Vaksin bagi melindungi jangkitan ini juga belum ada.
Terdapat beberapa tanda amaran yang menunjukkan seseorang itu mengindap penyakit jangkitan Influanza A (H1N1). Antaranya adalah masalah penafasan. Batuk berdarah atau kahak berdarah. Sakit dada berterusan. Cirit-birit atau muntah yang kerap, Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas hari pulih. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang resposif kepada rangsangan atau sawan. Rasa pening apabila berdiri dan kurang kencing. Jika seseorang itu ada salah satu tanda di atas semasa waktu penyebaran virus Influanza A (H1N1), maka orang itu disahkan menjangkiti Influanza A(H1N1).
Di samping itu , terdapat juga beberapa golongan yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influanza A (H1N1). Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun, Individu yang berusia 65 tahun dan ke atas, kanak-kanak dan remaja yang kurang daripada 18 tahun yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang, wanita mengandung, dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seprerti Diabetes Mellitus, orang yang mengalami daya ketahanan yang rendah(immunosuppressant) dan individu yang mengidap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain. Semua golongan di atas perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati diri-sendiri dijangkiti Influanza A (H1N1). Jika tidak, penyakit ini boleh membawa maut.




Untuk mengelakkan daripada menjangkiti Influanza A (H1N1), langah –langkah tersebut perlu diambil oleh semua orang. Antaranya adalah mengamalkan amalan kebersihan diri dan adab batuk yang betul, tutup/lindungi mulut dan hidung dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakan. Basuh tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit. Dapatkan maklumat maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dengan melalui internet, akhbar dan berita yang ditayangkan dalam television, kita dapati tahu sekarang kadar orang yang dijangkiti Influanza A (H1N1) telah berkurang serta neagara kita telah mendapat vaksin baru yang diberi oleh Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengubati orang yang terkena. Kita masih perlu mengamalkan amalan kebersihan diri dan gaya hidup yang sihat bagi mengelakkan dijangkiti Influanza A (H1N1) atau penyakit lain.Akhir kata mencegah lebih daripada mengubati, lakukanlah sekarang sebelum menyesal.

Ahad, 22 Ogos 2010

TALASEMIA

PENGERTIAN PENYAKIT TALASEMIA


Penyakit Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik yang mengganggu pembentukan sel-sel darah merah yang normal.Pesakit Talasemia menghasilkan sel darah merah yang mudah pecah atau musnah, kekurangan sel darah merah yang normal menyebabkan pesakit tersebut sering kelihatan pucat disababkan oleh paras hemoglobin yang rendah. Hemoglobin adalah sejenis protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen dan gen tersebut diwarisi daripada ibu dan juga bapa.Oleh itu,penyakit Talasemia dikatakan sebagai penyakit keturunan atau genetik kerana penghidap penyakit ini mewarisi gen ayah atau ibu yang menghidap Talasemia. Selain itu,penyakit talasemia tidak dijangkiti melalui pemindahan darah,udara,air,melalui sentuhan fizikal dan juga kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Di Malaysia,talasemia merupakan masalah kesihatan yang besar kerana dari beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pembawa gen talasemia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus atau 1 dalam 20 orang rakyat Malaysia.Dengan itu dianggarkan seramai 600,000 hingga 1 juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini.



JENIS-JENIS PENYAKIT TALASEMIA

Talasemia Minor@Beta berlaku disebabkan oleh mutasi yang terjadi dalam gen globin beta. Individu yang mewarisi 1 gen Talasemia Beta dari ibu bukanlah suatu penyakit dan individu tersebut boleh meneruskan kehidupan dengan normal. Pembawa kepada gen yang abnormal ini turut digelar sebagai pembawa Talasemia yang sihat. Talasemia minor berlaku apabila seseorang itu mempunyai paras haemoglobin dan saiz darah merah yang rendah sedikit daripada biasa khususnya bagi seseorang ibu yang sedang hamil



Talasemia Major dikenali sebagai pesakit talasemia, ianya berlaku apabila seseorang individu itu mempunyai 2 gen Talasemia Beta iaitu masing-masing diwarisi daripada ibu dan bapa yang merupakan pembawa talasemia jenis tersebut.Talasemia Major berlaku apabila sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi kerana penghasilan hemoblobin yang sedikit. Selain itu,sel darah merah dalam penghidap talasemia major hanya boleh hidup dalm beberapa minggu sahaja berbanding sel darah merah yang normal selama 4 bulan.Di Malaysia, Talasemia Major merupakan penyakit yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia berbanding Talasemia Minor.Misalnya,kanak-kanak yang mengalami penyakit ini antara 6-18 bulan selepas dilahirkan dan bagi kanak-kanak yang tidak dirawat dari peringkat awal lagi biasanya akan sakit ketika berumur antara 2-4 tahun. Mereka akan kelihatan pucat,tumbesaran terbantut dengan kecacatan tulang dan limpa membesar.



Talasemia Alfa terjadi disebabkan oleh kehilangan 1 gen atau lebih daripada rantaian globin alfa.Tahap keterukan talasemia ini bergantung kepada jumlah bilangan globin alfa yang hilang. Individu yang menghidap penyakit ini memerlukan pemindahan darah sekali sekala ataupun pemindahan darah yang berskala berterusan.Sesetengahnya pula,langsung tidak memerlukan pemindahan darah kerana ianya melihat kepada tahap keterukan penyakit tersebut. Manakalah sesetengah keadaan akan mengakibatkan berlakunya kejadian lahir mati akibat hidros petalis jika tiada globin alfa dihasilkan semasa hayat janin tersebut.


Hemoglobin E merupakan sejenis penyakit talasemia yang biasa berlaku di Malaysia khususnya dalam kalangan orang melayu.Individu yang menghidap penyakit jenis ini mewarisi 1 gen Talasemia Beta dan 1 gen Haemoglobin E yang abnormal.Gen-gen tersebut turut diwarisi daripada ibu dan bapa yang membawa penyakit jenis ini. Namun,darah individu yang menghidap Haemoglobin E membawa oksigen lebih baik berbanding individu yang mengalami penyakit Talasemia Beta.




TANDA- TANDA PESAKIT TALASEMIA


Bayi yang menghidap penyakit talasemia kelihatan normal semasa kelahiran. Namun,secara perlahan-lahan bayi tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan,kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah,kekurangan darah merah mengakibatkan sesak nafas,kulit kelihatan kekuningan atau berwarna pucat pada bibir,lidah, tangan dan kaki,kembung perut disebabkan oleh pembengkakan hati dan limpa,perubahan pada pembentukan tulang muka dan hilang selera makan

Meskipun penyakit talasemia dikatakan turut berlaku di seluruh dunia dan bukan Malaysia sahaja,kementerian kesihatan telah memperkenalkan beberapa kaedah bagi mengesan dan mengurangkan penyakit talasemia .Terdapat 4 kaedah yang digunakan dalam mengatasi penyakit ini,iaitu melalui pemeriksaan fizikal (dilihat pada tanda-tanda pesakit talasemia),sejarah(ibu bapa pembawa penyakit talasemia), penyelidikan makmal dan kaedah molecular. Menerusi kaedah penyelidikan makmal,penyakit talasemia dikesan dengan menggunkan beberapa jenis peralatan yang khusus seperti Indeks Hematologi dan Parameter Hematologi,filem darah dan morfologi sel darah serta hemoglobin electrophoresis. Indeks Hematologi dan Parameter Hematologi diukur dengan menggunakan peralatan elektronik untuk mengira sel darah merah,menilai ukuran dan isi padu sel darah merah serta jumlah hemoglibin yang terdapat di dalam badan.Seseorang itu disahkan menghidap talasemia apabila ukuran dan isi padu sel darah merah serta kepekatan hemoglobin di dalamnya menunjuk berkurangan dengan jelas. Seterusnya, filem darah dan morfologi sel darah merah dilihat di bawah mikroskop, hasil yang diperolehi daripada penggunaan alatan ini akan memperlihatkan sel darah merah kelihatan pucat dan lebih kecil daripada ukuran normal,yang paling utama kebanyakkan mempunyai bentuk yang ganjil. Manakalah,hemoglobin electrophoresis digunakan sebab ia melibatkan proses memisahkan protein berlainan yang menghasilkan molekul hemoglobin hbA,HbA2 dan HbF.Bagi pengesahan penyakit talasemia ditentukan,tahap hemoglobin janin(HbF) adalah tinggi dari paras normal dan perbezaannya antara 20-90%.Manakalah,HbA biasannya dikira sehingga 30% dari paras normal hemoglobin dewasa, iaitu boleh jadi tidak wujud,berkurangan,normal atau sedikit meningkat. Kaedah molecular merupakan cara terbaik untuk mengesahkan atau mendapatkan maklumat yang khusus berkaitan dengan penyakit melalui kajian DNA.



Penyakit talasemia hanya boleh diwarisi apabila salah seorang ibu atau bapa merupakan penghidap talasemia dan seorang lagi normal.Oleh itu, setiap anak mempunyai 1 antara 2 peluang untuk mewarisi gen talasemia daripada ibu dan bapa,besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat talasemia ataupun 1 antara 2 untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa.Jika ini berlaku,anak tersebut berada dalam keadaan normal dan tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat talasemia major. Manakalah apabila kedua-dua ibu bapa pembawa talasemia,maka kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1:4 (25%) mendapat anak penyakit talasemia di setiap kehamilan dan berpeluang mempunyai 1:2(50%) anak yang menghidap talasemia major serta berkemungkinan 1:4(25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ia bebas daripada penyakit tersebut.


Cara merawat talasemia adalah melalui pemindahan darah setiap 2-4 minggu sekali.Kaedah rawatan ini mengelakkan seseorang daripada mengalami kekurangan darah dan menghindar daripada kelihatan pucat serta memastikan tisu badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.Pesakit juga dapat hidup dengan normal dan membantu pembentukan tulang menjadi kuat kemudian muka kelihatan normal.Kaedah rawatan talasemia melalui pemindahan sum-sum tulang boleh dilakukan,namun penderma sum-sum tulang yang paling sesuai adalah di kalangan keluarga.Selain itu,pemberian zat besi (chelators) dari jenis tablet diberikan sekirannya rawatan infuse tidak sesuai atau tidak berkesan.Di samping itu juga,terdapat kaedah pengambilan ubatan untuk mengeluarkan zat besi dari darah dan melepaskannya melalui buah pinggan.Ubatan ini biasannya diberikan melalui suntikan dengan menggunakan infusi pam secara perlahan untuk beberapa jam.




CARA MENCEGAH PENYAKIT TALASEMIA

Menjalani ujian penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap talasemia.

Seseorang yang mempunyai ciri talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenai hal tersebut kepada pasangan anda.Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui samada dirinya mempunyai ciri talasemia atau tidak.

Pasangan yang membawa ciri talasemia perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenai penyakit tersebut dengan menghadiri kauseling genetic.

Mengelakkan daripada mengambil makanan dengan kandungan ferum yang terlalu tinggi seperti daging merah dan hati berbanding makanan yang mengandungi serat yang tinggi iaitu roti dan bijirin.

Kanak-kanak diberikan imunisasi mengikut jadual,khususya pemberian pelalian hepatitis B untuk melindungi mereka daripada jangkitan akibat pemindahan darah



Kesimpulannya,penyakit talasemia merupakan salah satu daripada masalah kesihatan yang besar dihadapi oleh rakyat Malaysia dan juga di negara lain. Meskipun dinyatakan penyakit ini semakin bertambah dan banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia,namun ia merupakan satu-satunya penyakit genetik yang telah terbukti boleh dicegah dan dirawat sekiranya mendapat sokongan padu daripada masyarakat.Kunci kejayaan program pencegahan dan kawalan talasemia adalah melalui pendidikan kesihatan yang berterusan dengan sokongan daripada semua pihak.Selain itu,hari Talasemia Antarabangsa disambut pada 8 Mei setiap tahun bagi mengurangkan lagi aktiviti penyebaran penyakit ini.

KENCING MANIS

Adakah ini semua makanan kegamaran anda? Coklat, aiskrim, biskut-biskut yang manis, minuman ringan, gula-gula, kek, sirap, madu, susu pekat, jem, madu......

Jika jawapan anda ialah ya dan tahap pengambilan makanan tersebut anda adalah tinggi, maka secara tidak langsung semua makanan kegemaran anda itu akan membawa kesan buruk kepada anda, iaitu PENYAKIT KENCING MANIS.

Apa itu Peyakit Kencing Manis?

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Hal ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak di bawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Hal inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Oleh itu, badan kita akan kekurangan tenaga.

Siapakah penghidap Penyakit Kencing Manis?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini. Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang menghidapi penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas), ataupun mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kencing manis.

Apakah rawatan untuk Penyakit Kencing Manis?

1. Kawalan pemakanan. Makanan harian yang patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan dan keadaan penyakit.
2. Suntikan insulin. Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan.
3. Pil. Tetapi perlu jumpa doktor untuk menjalankan pemeriksaan terhadap penghidap, supaya dapat menentukan sama ada memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan.
4. Rawatan awal jika jumpa tanda-tanda/gejala kencing manis.
5. Menjalankan pemeriksaan di klinik atau hospital dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah.
6. Patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil.
7. Jangan berhenti mengambil ubat kerana merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi. Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada adalah sangat merbahaya kerana hal ini boleh mengakibatkan penyakit melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna.
8. Mengelakkan pengambilan makanan yang manis, terlalu banyak karbohidrat dan lemak secara berlebihan.
9. Mengurangkan pengambilan nasi, roti, ubi kentang,ubi keledek, ubi kayu,jus, kelapa, daging kambing, buah-buahan jeruk dan bahan-bahan tenusu.
10. Penjagaan berat badan. Adalah baik jika berat badan penghidap turun, kerana badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna. Dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun.
11. Senaman. Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Pengaliran darah juga bertambah baik.
12. Mengelakkan jangkitan. Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, pesakit perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
-Selalu menjaga kebersihan diri.
-Setiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak.
-Mandilah selalu.
-Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan.
-Jaga kebersihan gigi.
-Menjauhkan diri dari kecederaan.
-Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar.
-Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki.
-Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada.
-Berhati-hati semasa bercukur.
13. Penjagaan kaki.
-Jika peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, hal ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda.
-Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
-Jangan pakai kasut yang ketat.
-Sentiasa urutkan kaki anda.
-Setiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit.

Apakah bahaya Penyakit Kencing Manis sekiranya tidak dirawat atau dikawal dengan baik?

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
1. Buta.
2. Kerosakan buah pinggang.
3. Sakit jantung dan penyakit lumpuh.
4. Darah tinggi.
5. Penyakit saraf. Hal ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan, serta tidak dapat merasai sakit/panas. Dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
6. Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki.
7. Tidak sedarkan diri. Jika tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.

Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik!
Elakkan penyakit kencing manis boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia!

BATUK KERING(TIBI)

Penyakit batuk kering ataupun Tuberkolosis merupakan satu penyakit yang amat bahaya.Ia jaga dikenali sebagai TIBI. Penyakit ini jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis. Bakteria in biasanya menyerang paru-paru. Selain itu, ia juga dapat menyerang sistem-sistem badan lain. Sistem-sistem ini seperti  menyerang sistem saraf tujung, sistem peredaran, sistem limfatik, tulang, sendi dan lain-lain.
                              
 Tanda-tanda peyakit yang dijangkit akan batuk berdarah atau berkahak. Iaitu meraka yang berjangkit adalah sangat susah untuk menhentikan batuk dia, dan dia mungkin akan batuk berterusan sehingga 2 minggu sampai berdarah. Selain itu, peyakit juga mempunyai tanda lemah dan keletihan. Mereka akan sentiasa tiada ada sebarang semangat dan berasa letih. Seterusnya, berat badan mereka akan susut. Ia akan susut hingga kita tidak dapat mengenali siapa dia. Mereka akan berasa sakit di bahagian dada. Ini disebabkan paru-paru mereka telah diserang oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis, dan menyebabkan dada mereka berasa sakit sangat. Peyakit akan sentiasa mengalami kesakitan dada semasa menarik nafas panjang dan juga batuk. Tanda-tanda seperti menggigil, deman dan berpeluh di sebelah petang dan malam juga sebagai tanda-tanda pesakit TIBI.


                   
Jika kita aaggapkan penyakit ini adalah penyakit yang amat bahaya dan memberi ancaman kepada kesihatan dan kehidupan kita. Jadi, kita harus tahu bagaimana caranya mengesan dan jaga rawatan kepada penyakit ini supaya sebagai satu perlindungan kepada kita. Cara yang kita boleh mengesan penyakit TIBI adalah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor. Pemeriksaan dengan penggunaan alat-alat pengesanan, penyakit ini adalah lebih senang dapat dikesan dan dapat mendapat rawatan dengan segera. Cara lain yang kita dapat mengesan penyakit TIBI ialah melakukan pemeriksaan kahak untik mengenalpastinya. Penggunaan pemeriksaan X-ray dada juga dapat mengesan penyakit TIBI. Dengan dapat dikesan dengan secepat mungkin, kita dapat mendapat rawatan sebelum penyakit TIBI menjadi serius.


                    
Biasanya, penyakit TIBI ini akan mengambil 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantikan supaya dapat memberi rawatan yang segera dalam keadaan yang menjadi teruk. Penyakit ini tidak kirakan  kaum, umur, atau bangsa terutamanya pesakit AIDS. Iaitu pesakit yang dijangkit oleh virus HIV. Namum, kita juga dapatkan cara pencegahan penyakit ini. Iaitu bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG, dan dapatkan suntikan dos kedua pada umur 12 tahun. Dengan pencegahan ini , telahpun kita menurunkan risiko ancaman penyakit TIBI kepada kita. Kesimpulannya, penyakit TIBI merupakan satu penyakit yang amat bahaya dan boleh mengancamkan kita semua. Oleh itu, kita harus sama-sama mengatasikan penyakit TIBI ini.

HIV/AIDS

Dalam era globalisasi ini, sering kali kita mendengar tentang HIV dan AIDS. Mungkin ramai yang mengerti apa itu HIV dan AIDS. Tetapi,tidak mustahil jika masih ada segelintir masyarakat moden kini yang masih kabur tentang maksud sebenar kedua-duanya. HIV bermaksud <em>‘Human Immunodeficiency Virus’ </em>iaitu sejenis virus yang mengambil alih sistem pertahanan badan manusia. Selain HIV, AIDS atau ‘ <em>Acquired Immune Deficiency Syndrome’ </em>atau dalam bahasa melayu sindrom kurang daya tahan penyakit adalah simptom yang terjadi apabila dijangkiti virus HIV  atau apabila seseorang itu mempunyai kurang daripada 200CD4 sel immune. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa virus HIV menjadi pembunuh no 1 di negara-negara miskin seperti Zimbabwe dan Euthopia. Tetapi, pada masa kini, AIDS juga merebak di negara-negara membangun dan juga di negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

        Setiap penyakit pasti ada penawarnya tetapi tidak bagi AIDS. Sehingga kini, para saintis di seluruh dunia masih belum menemui sebarang vaksin untuk melawan HIV atau sebarang ubat yang boleh menyembuhkan AIDS. Walaubagaimanapun, terdapat ubat yang boleh memperlahankan HIV daripada merebak di dalam badan dan kerosakan sistem pertahanan badan. Terbaru, Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Kuantan, Mohamad Fauzi Mohd. Norman mendakwa cicak tokek mempunyai nilai tinggi di pasaran hingga mencecah RM 3 juta kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS. Menurutnya, Dipercayai setelah cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS. Bagaimanapun, jelasnya, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan dan ia boleh dibuktikan jika satu kajian saintifik dijalankan terhadap haiwan tersebut.


CICAK TOKEK
   

    Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa AIDS adalah sejenis penyakit yang sukar diubati dan kita haruslah sedaya-upaya mengelak daripada dijangkiti penyakit ini. Antara faktor utama penyebab virus HIV adalah berkongsi jarum suntikan, melakukan hubungan secara rambang dan melalui keturunan. Lazimnya, penyebaran virus ini melalui jarum suntikan berlaku di kalangan penagih dadah yang sudah dijangkiti HIV atau individu yang melalui proses pemindahan darah. Manakala, melakukan hubungan secara rambang atau hubungan sejenis tanpa mengetahui sama ada pasangan tersebut positif HIV atau tidak adalah penyebar virus HIV yang kedua tertinggi selepas berkongsi jarum suntikan.. cara penyebaran virus AIDS yang seterusnya adalah melalui keturunan iaitu ibu hamil yang positif Aids ini akan memindahkannya kepada bayi semasa di dalam kandungan ataupun melalui susu ibu.


         Virus HIV tidak menunjukkan tanda-tanda awal dan hanya merebak secra beransur-ansur tetapi boleh menjejaskan sistem immune manusia. Kesan virus HIV ini berbeza mengikut individu. Selalunya ada sesetengah individu yang mengalami demam selsema yang berterusan tetapi ada juga individu yang mungkin sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa. Antara tanda-tanda jangkitan virus HIV adalah hilang berat badan mendadak, cirit-birit,demam yang berterusan, tibi, meningitis,kayap dan barah kulit atau mulut. Ramai yang memandang ringan mengenai tanda-tanda awal ini kerana menganggap tanda-tanda seperti cirit-birit dan demam adalah penyakit biasa. Justeru, setiap anggota masyarakat digalakkan untuk menjalankan ujian antibodi HIV untuk mendapatkan kepastian tentang penyakit AIDS.

    Umum mengetahui bahawa penyakit AIDS akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri pesakit, anggota keluarga dan masyarakat. Pesakit akan merasa tertekan dan bertindak mengasingkan diri daripada masyarakat sebaik sahaja disahkan menghidap AIDS. Bagi pesakit yang dijangkiti melalaui proses pemindahan darah, mereka mungkin akan berasa marah dan sangat tertekan kerana merasakan mereka tidak bersalah dan tidak sepatutnya dijangkiti. Manakala, pergaduhan atau pertumpahan darah mungkin berlaku kerana dendam pada pasangan bagi mereka yang dijangkiti kerana melakukan hubungan secara rambang. Kesan yang paling menyayat hati adalah kesan terhadap kanak-kanak yang dijangkiti HIV melaui ibu mereka. Kanak-kanak yang tidak berdosa ini akan mengalami tekanan psikologi kerana trauma terhadap keadaaan sekeliling terutamanya dipandang serong oleh masyarakat seperti dicaci atau dihina. Kanak-kanak malang ini juga berisiko tinggi untuk menghidapi AIDS.

BAYI YANG MENGHIDAP AIDS


      Pepatah Melayu mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati. Seperti penyakit lain juga, pelbgai langkah perlu diambil bagi mengelakkan penyakit AIDS ini daripada terus menular. Langkah pencegahan yang telah lama dijalankan adalah melalui kempen pencegahan. Kempen pencegahan ini dijalankan oleh media massa, media cetak dan juga melaui program ‘road tour’ di atas inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, setiap individu haruslah mempunyai kesedaran untuk setia terhadap pasangan masing-masing demi mengelakkan daripada melakukan hubungan secara rambang atau melakukan hubungan sejenis. Tambahan lagi, elakkan daripada berkongsi jarum suntikan kerana kuman boleh merebak atau masuk terus ke dalam saluran darah. Akhir sekali, berhati-hati semasa melakukan pemindahan darah dan pastikan darah yang diterima telah menjalani ujian dan bebas daripada HIV. Sebagai langkah berjaga-jaga, kini kerajaan telah mewajibkan setiap pasangan yang bakal berkahwin menjalani ujian HIV.  Langkah ini dilihat sebagai salah satu alternatif terbaik bagi menghalang virus ini daripada terus merebak.


       Menurut YB Dato' Sri Liow Tiong Lai ketika menjawab soalan di Dewan Negara pada 20 Julai 2010, kes pertama HIV di Malaysia dikesan pada tahun 1986 dan pada akhir tahun 2009, sebanyak 87,710 kes telah dilaporkan. Penyumbang terbesar pada statistik ini ialah golongan penagih dadah iaitu seramai   61,447 kes diikuti dengan golongan heteroseksual, 14,848 dan 1,747 adalah di kalangan homoseksual.  Melalui statistik ini, kita dapat melihat bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang tegar membiarkan diri mereka terdedah kepada risiko dijangkiti virus HIV.  Sehubungan itu, setiap anggota masyarakat mesti membuka mata seluas-luasnya dan saling berganding bahu menangani masalah ini supaya ia tidak menjadi semakin kritikal dan berterusan memusnahkan anak bangsa. Konklusinya,  sebagai masyarakat moden yang bijak dan kaya dengan ilmu pengetahuan, kita seharusnya menyedari tentang bahaya HIV dan AIDS terhadap diri dan keluarga.  Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati.

KANSER

Apa itu kanser?
Definisi kanser
Kanser adalah sesuatu penyakit yang telah membunuh ramai manusia.Kanser merupakan penyakit yang susah untuk sembuh sepenuhnya.Kanser berlaku semasa proses penggantian sel-sel badan yang tua atau sel yang telah luka akibat kecederaan.Sel akan membahagi terlalu banyak sehingga akan menyebabkan lebihan sel yang terkumpul.Sel lebihan adalah sel tidak formal dan dan akan terkumpul sehingga terbentuknya tumor.Tumor ini akan memakan makanan dari sel yang normal dan tumor akan terbentuknya kanser.
Kanser merebak keseluruh organ di dalam badan
Kanser akan merebak ke organ-organ penting dahulu,manusia hanya sedar ketika kanser berada dalam tahap kritikal dan peringkat akhir.Pada masa itu peluang untuk meneruskan kehidupan adalah sukar dan tipis sekali.
Adakah masyarakat tahu penyebab kanser?
Kejadian kanser masih tidak dapat tahu sehingga sekarang.Gaya hidup seseorang dan alam sekitar berkait rapat dalam berlakunya kanser.
Golongan-golongan yang mudah mendapat kanser:
 Sejarah keluarga kanser:
        Jika keluarga meraka mempunyai sejarah kanser,kemungkinan besar risiko mendapat kanser adalah amat tingggi,oleh itu meraka harus melakukan pemeriksaan setiap masa yang ditetapkan.
 Amalan pemakanan(diet):
          Pemakanan yang tidak seimbang dan berlebihan akan menyebabkanlemak terkumpul seperti di salur jantung.Jantung akan mengalami maslah untuk berfungsi seperti sedia kala.
 Rokok:
             Orang yang menghisap rokok mudah mendapat pelbagai kanser  seperti kanser paru-paru,kanser mulut,kanser farinks,kanser esofagus,kanser pundi kencing,kanser buah pinggang dan kanser serviks bagi perempuan yang menghisap rokok.

Tabiat seks:
Mempunyai sikap bertukar-tukar pasangan akan menyebabkan kanser    serviks.
Jakitan hepatitis:
       Kanser hati berhubung dengan jakitan hepatitis B
Sirih tembaka:
      Kerap mengunyah sirih dan tembakau akan menyebabkan kanser mulut.

  Apa yang patut masyarakat tahu...
9 tanda amaran awal kanser.
Masyarakat harus peka dengan tanda-tanda ini:
1. Batuk berterusan dan berkahak darah.
2. Sebarang perubahan pada payudara seperti gumpalan atau bisul berpanjangan.
3. Perubahan pada amalan membuang air besar.
4. Pendarahan faraj selepas bersetubuh atau selepas putus haid.
5. Leher benjol yang tidak ada sebelumnya.
6. Suara yang garau dan berubah dari asal lebih dari dua minggu.
7. Sakit atau ketidakselesaan di dalam perut yang berterusan.
8. Ulser,bengkak atau tompok-tompok putih dan merah yang tidak hilang selepas rawatan.
9. Pendarahan hidung berlebihan, hilang fungsi pendengaran dan telinga yang berdengung.
Langkah-langkah pencegahan kanser
Mengamalkan gaya hidup sihat boleh mencegah dan mengurangkan risiko kanser.
Umumnya langkah yang boleh anda lakukan ialah:
o Pengesanan awal kanser payudara dengan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
o Tidak merokok
o Kurangkan makanan berlemak dan banyakan buah-buahan dan sayuran
o Kekalkan berat badan ideal dengan senaman tetap dan makanan yang seimbang
o Elakkan hubungan seks rambang.

BERLAGAKLAH SETIMPAL DENGAN KEKUATAN DIRI KALAU KITA BERLAGAK MELEBIHI APA YANG KITA ADA AKHIRNYA MENYUSAHKAN DIRI.

DEMAM DENGGI










Definisi…
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat.Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari).


Tanda dan gejala…
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah (break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).







Rawatan…
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

Pencegahan…
 Pada masa kini tidak terdapat vaksin  siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor iaitu  nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga)  terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan semburan (fogging) juga merupakan sebagai salah satu langkah yang boleh dilakukan dari dijangkiti deman denggi ini.


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT..MAKA…JAGALAH DIRI ANDA DAN KELUARGA….

Sabtu, 21 Ogos 2010

DARAH TINGGI

    
Darah tinggi didefinisikan juga sebagai Hypertensi dimana tekanan darah iaitu Systolic melebihi 140 mmHg dan tekanan darah diastolic melebihi 90 mmHg.Tekanan darah manusia adalah seperti berikut :



      Jantung adalah organ yang terpenting dalam tubuh badan manusia dan tugasnya adalahh untuk membawa atau mengepam darah ke kesuluruhan badan manusia.Manusia mempunyai tekanan mereka sendiri dan berkemungkinan berbeza diantara satu dengan yang lain.Sekiranya tekanan darah manusia itu tinggi maka akan membawa masalah kepada manusia itu sendiri dimana akan menjejaskan tahap kesihatan mereka.
    
      Sesiapa yang mengalami penyakit ini akan terasa kurang sihat yang menjejaskan mental dan fizikal serta memberi kesan kepada keluarga dan kerjaya.Pengidap penyakit ini juga sukar memilikib polisi insuran baru dan mereka akan dikenakan premium yang tinggi.

      Penyebab darah tinggi/hypertensi adalah 90% daripada sumber yang tidak diketahui manakala 10% daripada sumber sekunder iaitu penyakit buah pinggang , penyakit system endokrin dan penyakit pembuluh darah.Jika ibu atau bapa mempunyai penyakit darah tinggi/Hypertensi berkmungkinan (50%) anak juga turut mengalami penyakit tersebut.

      Faktor penyebab utama adalah cara hidup tidak aktif , umur melebihi 35 tahun , merokok , kegemukan , paras kolestrol tinggi , sejarah keluarga , pengambilan alcohol berlebihan , pengambilan garam yang tinggi.

      Keburukan darah tinggi yang boleh kita lihat pada seseorang pesakit itu ialah pertama pada otak dimana pengidap akan berlaku padanya serangan strok/angin ahmar atau strok ringan dan sementara . Kedua ialah komplikasi pada buah pinggang seperti kegagalan fungsi buah pinggang.

      Penyakit darah tinggi boleh dirawat dengan tanpa menggunakan sebarang bantuan ubat-ubatan seperti pesakit perlu mengubah cara hidup , amalkan pemakanan sihat , kurangkan pengambilan garam dan kolestrol , melakukan senaman berkala , kurangkan berat badan jika berlebihan dan atasi tekanan denagn berkesanberhenti merokok.