Jantung merupakan organ yang sangat penting bagi manusia, kerana ia diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehingga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan yang diperlukan untuk metabolisme tubuh. Oleh itu, jantung perlu dijaga supaya dapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Penyakit jantung ialah penyakit yang menyerang jantung manusia dan urat-urat darah. Penyakit-penyakit dapat mempengaruhi bahagian badan mana-mana pun dari jantung. Contoh penyakit adalah seperti penyakit jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik. Penyakit yang paling umum adalah penyakit kronis pada arteria koroner. Penyakit jantung koroner merupakan penyakit yang paling tertinggi diderita. Penyakit ini sering menyebabkan serangan jantung pada seseorang manusia sehingga terjadinya pembuluh arteri yang berfungsi untuk menyediakan darah ke otot jantung menjadi tersumbat dan melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung dan akhirnya menyebabkan kematian.
Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada penyakit jantung. Asap rokok dikenalpastiaan mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Mentega, minyak sapi, daging berlemak turut member kesan kepada jantung manusia akibat pengambilan lemak yang terlalu tinggi. Seseorang yang mengalami tekanan perasaan akan menyebabkan denyutan jantungnya semakin meningkat dan turut menyebabkan tekanan darahnya meningkat.
Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kepada penyakit jantung. Asap rokok dikenalpastiaan mempercepatkan pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung dan mengurangkan bekalan oksigen ke jantung. Mentega, minyak sapi, daging berlemak turut member kesan kepada jantung manusia akibat pengambilan lemak yang terlalu tinggi. Seseorang yang mengalami tekanan perasaan akan menyebabkan denyutan jantungnya semakin meningkat dan turut menyebabkan tekanan darahnya meningkat.
Selain itu, senaman yang sesuai juga penting untuk menguatkan jantung serta dapat membaiki pengaliran darah ke jantung. Sekiranya tidak melakukan senaman yang sesuai dan mencukupi, maka akan menyebabkan badan seseorang mudah mendapat penyakit jantung. Berlakunya penyempitan saluran darah disebabkan oleh darah tinngi dan menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit. Pesakit yang mempunyai penyakit kencing manis mempunyai peluang yang lebih tinggi mendapat serangan sakit jantung.
Kesan penyakit jantung dapat dilihat dalam beberapa simtom. Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang mendapat penyakit jantung. Tanda-tanda awal angina pektoris ini adalah berasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen yang mencukupi. Kadang-kala pesakit akan mengadu kesakitan pada bahagian perut. Di samping itu, angina pektoris boleh berlaku apabila pesakit melakukan aktiviti yang berat atau mengalami tekanan. Hal ini disebabkan jantung memerlukan bekalan oksigen yang tinggi untuk menjalankan fungsinya. Walaubagaimanapun kesakitan ini akan hilang dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit berhenti melakukan aktiviti berat atau berehat.
Suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang serius ke bahagian tersebut dipanggil infarksi miokardia. Bagi tanda-tanda infarksi miokardia adalah mengalami kesakitan biasa pada bahagian kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Biasanya pesakit akan merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan ada sesuatu benda yang berat sedang menekan ke dada dan kadang-kala seolah dada berasa ketat, atau sukar bernafas, pening kepala dan muntah.
Walaubagaimanapun, terdapat tips-tips untuk mencegah penyakit jantung. Hindari makanan yang banyak mengandung kolesterol tinggi dan kurangi menyantap makanan yang digoreng yang banyak mengandung lemak supaya menjaga kesihatan jantung. Selain menghindari makanan berlemak, makanan dengan kandungan gula tinggi seperti minuman ringan juga perlu dihindari. Hal ini dapat dilakukan dengan mempunyai pola makan yang sihat. Berhenti merokok juga perlu dilakukan dengan segera bagi penghisap rokok supaya tidak menyesal apabila mendapat penyakit jantung. Menyertai aktiviti sosial atau menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga atau kawan dapat mengurangkan ketegangan dalam kehidupan harian. Sekiranya dapat melakukan kegiatan olahraga seperti berjalan kaki, jalan cepat atau jogging. Kegiatan ini dapat menguatkan kerja jantung serta melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.
Natijahnya, organ jantung manusia adalah untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, agar dapat mengekalkan jantung yang sihat, menikmati makanan yang sihat, bergizi, dan rendah kolesterol adalah amat penting. Mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah cara yang paling efektif untuk mendapatkan jantung yang sihat.